Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai

Maharaja Indera Perba Jelai merupakan gelaran bagi salah seorang Orang 
Besar Berempat di negeri Pahang Darul Makmur. Gelaran ini digunakan oleh
Sri Maharaja Purba yang berasal dari Minangkabau dan kemudiannya diturunkan 
kepada anak angkatnya Raja Muda. Raja Muda berkahwin dengan anak saudara
Sri Maharaja Purba dan kemudian gelaran diturunkan kepada anaknya Wan 
Ismail dan seterusnya. Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai Wan Muhammad
bin Wan Idris atau lebih dikenali sebagai Tok Raja Wan Muhammad merupakan 
salah seorang pembesar negeri Pahang yang sangat berpengaruh satu ketika 
dahulu dan merupakan pengikut setia Bendahara Wan Ahmad yang kemudiannya 
menjadi Sultan Pahang dengan nama Sultan Ahmad Al-Muazzam Shah 
(memerintah:1863-1914). Beliau menguasai kawasan dari Tanjong Lindong 
sepanjang Sungai Jelai (Sungai Pahang dan Sungai Jelai) hingga ke sempadan-
sempadan negeri Perak dan negeri Kelantan (kecuali Sungai Lipis), dan dari 
Kuala Tembeling sampai ke Pasir Durian. (SUMBER DARIPADA: SEJARAH PAHANG 
KARANGAN HAJI BUYONG BIN ADIL, CETAKAN 1972 DAN WAN MUHAMMAD BIN WAN IDRIS:
DATUK ORANG KAYA INDRA MAHARAJA PURBA JELAI KEENAM DAN PERANANNYA DALAM
PERANG SAUDARA PAHANG KARANGAN ZAKARIA BIN MD. DOM)

Oleh itu, jika anda salah seorang daripada sanak-saudara Maharaja Indera
Perba Jelai, sila e-mail kami di wansd@pl.jaring.my  .
Terima kasih!

Carta Salasilah keluarga secara ringkas:

Yam Tuan Daik (Yam Tuan Mangkat Menjulang dari Pagar Ruyung) --> Tengku
Admirulzaman (OKIMHPJ 1) --> Bendahara Garang (OKIMPJ 2) --> Wan Ismail (OKIMPJ 3)
--> Wan Muhammad (OKIMPJ 4) --> Wan Idris (OKIMHPJ 5) --> Wan Muhammad (OKIMPJ 6) 
--> Wan Chik (OKIMPJ 7) --> Wan Abdullah --> Wan Abdul Ghani --> Wan Safra Diyana

3rd picture:OKM Perba Jelai (Tok Raja/Wan Muhammad),sitting 2nd from left.

                             Ikhsan daripada Piut O.K.M.Perba Jelai
                             Generation of O.K.M.P.Jelai

Back to the main page